BAGAIMANA HENDAK MEMILIKI 3 BUAH RUMAH TANPA MEMBEBANKAN KOMITMEN ?

Artikel ini khas saya kongsikan kepada anak-anak muda yang baru berjinak-jinak untuk memiliki rumah dan mungkin bermanfaat kepada yang bercita-cita untuk memiliki rumah yang banyak atau besar. Terpulang.

Step-by-step

1- Kumpul duit sehingga cukup 10%-15% dari harga rumah yang ingin dibeli
2- Cari rumah di bawah harga pasaran semasa
3- Letak booking dan deposit
4- Sign S&P
5- Freehold 1-4 bulan | Leasehold 4-6 bulan untuk pemilikan rumah
6- Jika ada duit lebih hasil beli rumah harga bawah pasaran tadi, boleh hold duit tu dalam ASB
7- Atau kalau DSR masih belum melepasi tahap kelayakan, boleh la fikir untuk beli dua rumah terus.
8- Kumpul aset anda hingga nilai lebihan harta dari aset anda mampu digunakan untuk membeli idaman anda sendiri !


Yang Penting ! Pastikan rumah-rumah untuk investment yang anda beli tadi

1- Mampu menjana positive cashflow
2- Lokasi rumah yang terbaik
3- Kawasan yang kadar jenayah rendah

Apply Loan Menggunakan Support dari Sewaan Rumah-Tanpa membebankan komitmen


i. Ada beberapa bank yang kira sebagai income seperti CIMB, BSN(sekarang)
ii.Tenancy Agreement hendaklah disediakan dan dimatikan setem di LHDN.
iii. Income sewaan perlu konsisten dan jangan tertinggal untuk dimasukkan ke dalam akaun khas bank. Selalunya landlord yang otai akan bank-in amaun yang sama dahulu (tidak tunggu penyewa bank-in) untuk cantikkan statement.
iv. Income sewaan pun baiknya lebih setahun usia.
 

Tips Mendapatkan penyewa dengan kadar sewaan Optimum


1- Buat Iklan Dummy, dimana anda boleh letakkan beberapa iklan dengan nama dan harga berbeza

Anda sebagai LandLord mesti tidak mahu sewaan anda terlalu murah atau terlalu mahal hingga menjejaskan bayaran bulanan penyewa. Oleh sebab itu, kadar sewaan optimum penting bagi mendapatkan win-win situation antara tuan tanah dan penyewa. Oleh itu, Iklan Dummy penting bagi mengetahui harga sewaan semasa yang penyewa mampu bayar tanpa alasan !


Previous
Next Post »