Beli Rumah : Apa yang anda perlu tahu sebelum mohon pengeluaran KWSP
- Jika anda ingin membeli rumah Sub-Sale, anda masih perlu menyediakan 10% desposit dari harga rumah dan payment untuk lawyer. Biasanya owner rumah nak 10% ni sebab dia pun perlukan duit untuk bayar kepada agency dan lawyer. So, mengikut pengiraan , at least anda perlu menyediakan sejumlah 14%-15% dari harga rumah untuk settlekan fees yang patut dibayar. Jika beruntung , owner boleh tunggu duit KWSP. So, korang pun kena ayat manis dan bagi keyakinan pada owner la kalau nak dapat kelebihan ni.
- Perlu tahu berapa jumlah wang simpanan dalam akaun ke-2. So, dari situ dah boleh congak berapa nilai rumah yang mampu dibeli. Nak check boleh ke cawangan KWSP, kios ataupun ke website KWSP.
- Kalau anda nak keluarkan duit dalam DUA akaun sekaligus, iaitu akaun suami dan isteri, dalam SNP agreement perlu ada dua penama. Nama suami dan nama isteri. Baru boleh keluarkan duit untuk kedua-dua akaun tersebut. Loan agreement kalau hendak guna 1 nama tidak mengapa. Yang penting SNP perlu ada dua nama.
Berapa yang boleh keluar?
- Bab yang ini mungkin ramai yang tidak faham dan keliru. Jumlah wang yang boleh dikeluarkan adalah jumlah perbezaan harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambah dengan 10% dari harga rumah.
- Maksudnya, ambil contoh loan 90%, jumlah yang korang boleh keluarkan adalah 10%(beza harga rumah dan loan) + 10%(tambahan pengeluaran) = 20%. Ini nilai maximum yang boleh dikeluarkan. Kalau simpanan anda kurang dari pengiraan di atas, maka korang boleh keluarkan semua simpanan dalam akaun ke 2 KWSP. Bagi yang buat dua penama pun sama. Total dari pengiraan di atas adalah had untuk pegeluaran dua account.
- Masa yang tepat adalah selepas dapat Surat Kebenaran Pindah Milik dari Pejabat Tanah Negeri. Dah dapat surat kebenaran ni, barulah korang boleh pergi berurusan dengan KWSP. Kalau tak memang korang akan kena reject mentah-mentah je dengan pegawai yang dekat kaunter KWSP tu.
- KECUALI Jika rumah yang dibeli itu FREEHOLD dan tidak perlu kebenaran pindah milik dari Pejabat Tanah Negeri
- Surat kebenaran pindah milik dari Pejabat Tanah Negeri
- Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5). Borang ni sekarang dah boleh isi online dan kemudian boleh print out untuk di isi. Boleh isi borang online dekat sini.
- Ringkasan:
– Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5)
– MyKad (kena pastikan cip berfungsi, kalau tak bawa salinan kad pengenalan sebagai ganti)
– Penyata bank (yang ni just dorang nak verified je betul atau tak no account bank korang)
– Salinan Surat Perjanjian Jual Beli(SNP agreement)
– Surat Kebenaran Pindahmilik Dari Pihak Berkuasa Tempatan (yang ni nanti korang tanya lawyer sama ada rumah ni ada sekatan atau tak. Biasanya dalam geran tanah ada tulis)
– Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan DAN Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan
– Bukti Pertalian (Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran) (yang ni kalau korang bukan orang yang buat loan, tapi nama kena ada dalam SNP agreement)
- Boleh proceed terus dan dalam masa beberapa minit dah boleh tau sama ada lulus atau gagal untuk proses pengeluaran. Biasanya gagal sebab dokumen korang tak cukup. Kalau cukup semua, confirm approve.
- Process tak sampai dua minggu.In shaa Allah, kalau tidak ada masalah dalam seminggu pun boleh dapat
Apa yang perlu tahu sebelum mohon
- Korang still kena ada duit untuk 10% desposit dari harga rumah dan payment untuk lawyer korang. Biasanya owner rumah nak 10% ni sebab dia pun perlukan duit untuk bayar kepada lawyer dia. So, mengikut pengiraan aku, at least korang kena ada duit 15%-20% dari harga rumah korang nak beli untuk settlekan apa yang patut. Aku beruntung sebab owner boleh bawa berbincang. So, bayar 3% je dulu. Baki lepas keluar duit KWSP. So, korang pun kena ayat manis dan bagi keyakinan pada owner la kalau nak dapat kelebihan ni.
- korang perlu tahu berapa jumlah wang simpanan korang dalam akaun ke-2. So, dari situ korang dah boleh bajet berapa nilai rumah yang korang mampu beli kalau korang takde duit simpanan sendiri dan perlukan pinjaman adik, kakak, abang, ayah, mak, nenek,atok, pakcik, makcik, kawan dan lain-lain. Nak check boleh ke cawangan KWSP, kios ataupun ke website KWSP.
- Kalau korang nak keluar duit 2 account, contoh laki bini, dalam SNP agreement korang kena ada 2 penama. Nama suami dan nama isteri. Baru boleh keluar 2 account untuk 1 rumah. Loan guna 1 nama tak pe. Yang penting SNP tu kena 2 nama.
- Yang ni ramai yang keliru termasuk la aku masa nak apply tu. Jumlah yang korang boleh keluar adalah jumlah perbezaan harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% dari harga rumah. Maksudnya, kalau loan korang hanya lepas 90% je, jumlah yang korang boleh keluarkan adalah 10%(beza harga rumah dan loan) + 10%(tambahan pengeluaran) = 20%. Ini nilai maximum yang korang boleh keluarkan. Kalau simpanan korang kurang dari pengiraan di atas, maka korang boleh keluarkan semua simpanan dalam akaun ke 2 KWSP. Bagi yang buat 2 penama pun sama. Total dari pengiraan di atas adalah had untuk keluaran bagi 2 account.
- Yang ni penting. Disebabkan inilah aku dan wife 2 3 kali pergi tak lepas-lepas. So, untuk yang beli rumah yang dah ada pemilik ni, masa yang sesuai adalah selepas dapat Surat Kebenaran Pindah Milik dari Pejabat Tanah Negeri. Dah dapat surat kebenaran ni, barulah korang boleh pergi berurusan dengan KWSP. Kalau tak memang korang akan kena reject mentah-mentah je dengan pegawai yang dekat kaunter KWSP tu.
- Checklist apa yang korang kena bawa boleh korang tengok dekat sini > SENARAI SEMAKAN DOKUMEN PERMOHONAN PENGELUARAN MEMBELI / MEMBINA RUMAH
- Sila bagi perhatian kepada Checklist 2.0 DOKUMEN SOKONGAN UNTUK PEMBELIAN RUMAH. Dekat sini, korang kena tengok jenis macam mana pembelian yang korang nak buat. Dari pemaju ke, dari individu ke, dah dapat surat hak milik ke atau belum dapat. Macam aku, aku beli dari individu, so, aku kena refer pada point 2.3 PEMBELIAN RUMAH DARIPADA INDIVIDU under SURATAN HAKMILIK BELUM DIKELUARKAN. Ini kalau nak cepat la, kalau nak tunggu nak dapat surat hakmilik memang lama lagi la. Sebab tu aku kata dekat atas, kena tunggu sampai surat kebenaran pindah milik, sebab surat hakmilik takde lagi.
- Dah ada semua korang boleh la isi Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5). Borang ni sekarang dah boleh isi online dan kemudian boleh print out dari apa yang korang isi. Masa aku dulu takde lagi borang online ni. Ia bagus sekali kalau tulisan korang buruk macam aku. So, boleh elakkan pegawai KWSP tersalah ejaan. Boleh isi borang online dekat sini atau isi manual, download borang dekat sini atau pergi ke cawangan KWSP yang berdekatan. Kosongkan ruangan jumlah pengeluaran, sebab korang boleh isi masa dekat kaunter nanti selepas pegawai KWSP tolong kirakan jumlah maximum yang korang boleh keluarkan.
- So, aku ringkaskan sedikit apa yang nak kena ada
– Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5)
– MyKad (kena pastikan cip berfungsi, kalau tak bawa salinan kad pengenalan sebagai ganti)
– Penyata bank (yang ni just dorang nak verified je betul atau tak no account bank korang)
– Salinan Surat Perjanjian Jual Beli(SNP agreement)
– Surat Kebenaran Pindahmilik Dari Pihak Berkuasa Tempatan (yang ni nanti korang tanya lawyer sama ada rumah ni ada sekatan atau tak. Biasanya dalam geran tanah ada tulis)
– Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan DAN Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan
– Bukti Pertalian (Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran) (yang ni kalau korang bukan orang yang buat loan, tapi nama kena ada dalam SNP agreement)
- Boleh la korang mengatur langkah ke cawangan KWSP yang berdekatan. Kalau dokumen korang lengkap, memang boleh proceed terus je dan dalam masa beberapa minit je korang dah boleh tau sama ada korang lulus atau gagal untuk proses pengeluaran. Biasanya gagal sebab dokumen korang tak cukup. Kalau cukup semua, confirm approve punya la.
- Process tak sampai sebulan. Masa aku hari tu, dalam 2 minggu camtu duit dah masuk dalam account.
6 Komentar
Bila akan bermula operasi pengeluaran rumah
BalasSalam...contoh owner nak jual rumah 150k...tp.loan bank lulus..dpt 125k saje..brape yg dpt di kuar kan di kwsp..
Balas25k
BalasSalam.. Kalau snp sign bulan 1 2020, dalam tempoh berapa lame kita bole apply utk keluarkan dari akaun 2?
BalasBila dah Dapat SNP yg dah siap stamping
Balasacc 2 boleh kluar 10% atau kesemuanya skli..xd mslh..jnji msti ad baki at least x silap rm500 mcm tu
Balas