JANGAN MAIN TERJAH ! BERKAWAN DENGAN EJEN, BARU ADA ILMU !

MERANCANG BELI RUMAH ? BUAT 5 LANGKAH INI DULU SEBELUM MEMBELI


KASA Hartanah
En Kas @ Google  Plus
En Kas @ Facebook
018-2447104

Untuk elakkan kesilapan @ sindrom buyer blurr, disini saya kongsi cara mudah nak prepare diri sebelum tengok rumah nak beli. Ada 2 kesilapan ketara pembeli selalu buat.

TIDAK SEDIA dari aspek kewangan
TIDAK TAHU harga pasaran rumah (Nak Double Storey 200K di Area Shah Alam, Ada Ke? )
.
Senang cerita, deposit belum ready & budget harga rumah tak realistik dgn kemampuan diri dan harga pasaran.

Contoh: 

Boleh 'Share' jika nak tolong kawan2 celik beli rumah.

1. SEMAK LOAN. Check dulu kelayakan loan. Minta tolong banker atau ejen hartanah anda. Diaorg leh kirakan Debt Service Ratio (DSR) for FREE. Maklumat yg diperlukan income dan tanggungan kewangan anda. Selain dari bayaran bulanan dari kiraan ini anda juga boleh tahu berapa HARGA RUMAH yg layak anda beli.

2. SEMAK BLACKLIST. Pergi Bank Negara @ cawangan utk semak CCRIS. Hanya bawa IC dan cap jari anda. Utk semakan CTOS boleh download apps CTOS di Google Playstore. FREE je ni semua.
Jika CCRIS & CTOS tak cantik. Perbaiki dulu rekod kewangan anda. Ambil nasihat banker.

3. SEDIAKAN BUDGET. Dah tahu berapa harga rumah step seterusnya deposit & kos. Budget yg kena adalah minima 15% dari harga rumah.
10% tunai utk dijadikan deposit dan 5% budget utk kos2 lain seperti kos guaman Perjanjian Jual Beli (S&P), Perjanjian Pinjaman & yuran penilaian.
Budget ini adalah TUNAI di tangan tak termasuk simpanan EPF. Dah sign S&P boleh claim balik dari EPF.
Banyak apps di Play Store utk kira Kos Beli Rumah. Pilih mana sesuai.

4. PILIH LOKASI & RUMAH. Tetapkan lokasi dan match dgn harga rumah yg layak.
Ukur baju badan sendiri. Jika anda layak harga yg mahal bolehlah pilih jenis rumah yg besar. Jika harga murah belilah jenis rumah yg murah. Jalan mudah. Minta bantuan Ejen Hartanah utk matchkan diaorg ada stok banyak.

5. SEMAK HARGA RUMAH. Check NILAI PASARAN semasa yg hendak dibeli. Asking price yg ditawarkan di pasaran selalunya atas sedikit dari Nilai Pasaran. Ini kerana utk ruang utk negotiation.
Harga rumah yg dibeli seharusnya pada Harga Pasaran. Elak sindrom harga berangan.
Cara paling mudah nak semak sendiri pergi ke laman web www.brickz.my atau minta tolong banker @ Ejen Hartanah.

Atau kalau dah nak BELI sangat rumah & MALAS sangat nak buat STEP atas ni... isi je form online ni, biar Ejen Hartanah je yg buat kan semua, SERVICE FREE of CHARGE:-

BORANG REQUEST CARIAN HARTANAH PERCUMA

Jadilah pembeli rumah yg BIJAK.


KASA Hartanah
En Kas @ Google  Plus
En Kas @ Facebook
018-2447104
Previous
Next Post »
0 Komentar