CELIK HARTANAH - BAGAIMANA UNTUK MEMILIKI DUA UNIT LOW COST DAN MENJANA POSITIVE CASH FLOW !
Sebenarnya tidak la sesusah pun jika hendak memiliki unit low cost kerana harganya yang jauh lebih murah dan potensinya yang mudah untuk disewakan. Artikel ini bukan bertujuan untuk mendidik pembaca menjadi mata duitan mahupun menekankan unsur duniawi semata-mata dalam kehidupan. Ia hanyalah pandangan dan pendapat peribadi penulis yang belajar dari pengalaman dan cerita-cerita rakan Real Estate Negotiator sendiri. Niat saya hanyalah untuk berkongsi tips dan panduan untuk anak-anak muda Malaysia memiliki hartanah sendiri di bumi sendiri. Especially yang merancang untuk berkahwin.
Dalam keadaan Sosio-Ekonomi di Malaysia, bukan senang untuk lepasan graduan universiti untuk memiliki terus rumah landed seperti yang di idam-idamkan. Lebih-lebih lagi di kawasan "panas" seperti Lembah Kelang dan sekitarnya. Jadi, anda perlu lebih realistik dengan dunia hartanah di Malaysia. Bayangkan gaji lepasan ijazah sahaja minima RM 2000, mana mungkin untuk membeli rumah landed di lembah kelang yang rata-ratanya yang berharga 300,000 ke atas.
Gaji Isi Rumah Yang diperlukan Untuk Memiliki Rumah |
Jom baca sampai habis, saya kongsikan :
KELAYAKAN MEMBELI RUMAH KOS RENDAH
- Pastikan anda berusia 18 Tahun Keatas
- Pastikan gaji anda tidak melebihi RM 5000 (Rata-rata gaji fresh graduate tidak akan sebanyak itu kecuali company tu bapak dia punya atau special case la)
- PEMBELI / PASANGAN tidak pernah memiliki rumah (PENTING)**
- Tinggal/Bekerja di Selangor
- Tertakluk pada Consent Pihak Berkuasa
Kerana perbezaannya ketara di situ dari segi pemilikan rumah
- JIKA PASANGAN YANG SUDAH BERKAHWIN MEMBELI RUMAH : HANYA 1 RUMAH DIBENARKAN
- JIKA INDIVIDU BELUM BERKAHWIN MEMBELI RUMAH : HANYA 1 RUMAH DIBENARKAN
- JIKA DUA INDIVIDU BELUM BERKAHWIN MEMBELI RUMAH? BUKANKAH ADA DUA RUMAH DI ATAS PENAMA YANG BERLAINAN
- KALAU KEDUA-DUA INDIVIDU INI BERKAHWIN, AUTOMATICALLY MEREKA AKAN MEMPUNYAI DUA RUMAH LOW COST!
CARA-CARA MEMBELI RUMAH
Jadi kalau boleh jangan kahwin dulu. Anda dan Pasangan anda perlu kumpul aset dahulu sehingga cukup 14% -15% daripada jumlah harga rumah yang anda target untuk beli. Contohnya, harga rumah yang anda target adalah RM 100,000. Jumlah yang anda perlu kumpul adalah sekitar RM 14,000 ke RM 15,000
Untuk rumah subsale bukan ke hanya 10% diperlukan?
Ya, betul. Jangan lupa anda perlu membayar Legal Fees dan Valuation Fees di samping Stamp Duty.
Bila sudah cukup, anda cari sendiri rumah yang mempunyai kriteria berikut:
Bayaran bulanan bank < dari Pendapatan Sewa BulananKalau payah sangat nak cari, minta bantuan Real Estate Negotiator berdaftar dengan LPPEH untuk carikan rumah tersebut.
Dekat dengan kemudahan
Dekat dengan jaringan pengangkutan
Dekat dengan Kolej/Universiti/Kawasan Industri/Hospital/Lain-lain
In Sya Allah ada.
EN KAS
REAL ESTATE NEGOTIATOR
FB KASA HARTANAH
018-2447104
1 Komentar
artikel yang menarik.
Balas