YES ! Jangan terkejut jika ada yang semuda umur 24 tahun yang sudah memiliki rumah sendiri dan jangan berputus asa jika anda masih belum memiliki rumah sendiri walaupun sudah berusia 35 tahun. Setiap manusia di berikan dengan takdir yang berbeza dan kisah yang berbeza dalam hidupnya. Cuma apa yang boleh di buat, adalah bagaimana kita harus keluar dari Zon kepayahan itu.
TIADA LAGI ALASAN ! AYUH, MENUJU KEJAYAAN
Yang mana belum berkemampuan beli rumah mahal2, bole mula kan dari bawah. Macam main C.O.C (Clash of Clan) , mulakan dengan yang kos rendah, bila dah berkemampuan boleh beli rumah idaman korang yang lebih mahal. Tanya sahabat-sahabat anda yang pernah membeli rumah sama ada direct dengan developer/Owner/Ejen Hartanah. Bagaimana proses membeli rumah?
Panduan Membeli Rumah Pertama
BAGAIMANA BELI RUMAH DARIPADA EJEN HARTANAH HANYA BAYAR 5%
Sebelum ini saya pernah kongsikan artikel berkaitan prosedur pengeluaran KWSP untuk menampung kos deposit, anda boleh rujuk di sini
Jika membeli rumah dari pasaran sub-sale melalui ejen hartanah berdaftar anda perlu ada 10% wang tunai daripada harga pembelian. Ini kerana pinjaman yang biasa bank berikan hanyalah setinggi 90% sahaja. Jika anda ada cukup wang dalam akaun 2 KWSP, anda boleh cuba mencadangkan kaedah ini di mana anda hanya membayar 5% sahaja dahulu dan selebihnya melalui pengeluaran KWSP.
Berikut adalah langkah yang perlu dibuat:
i. Bayar 3.18% untuk booking
ii. Bayar 1.82% semasa sign S&P (cukup untuk penjual bayar legal fees S&P dan liquidator jika pemaju dah bankrupt)
iii. 5% dibayar dengan pengeluaran KWSP. Sila kemukan statement KWSP terkini kepada ejen hartanah untuk mereka sahkan jumlah dalam akaun 2 KWSP anda mencukupi sebelum sign Letter Offer to Purchase.
iv. Pengeluaran KWSP hanya boleh dibuat selepas mendapat consent (jika perlu consent).
iv. Baki 90% bayar macam terma biasa LOP.
Nota:
Kaedah ini perlu persetujuan penjual.
KASA Hartanah
En Kas @ Google Plus
En Kas @ Facebook
018-2447104
0 Komentar