PROJEK MRT- SUNGAI BULOH-SERDANG-PUTRAJAYA LINE
MRT-SSP Line atau nama panjangnya MRT SUNGAI BULOH-SERDANG-PUTRAJAYA LINE akan menjadi laluan MRT kedua yang akan dibangunkan oleh MRT Corp.
Laluan ini akan menjadi laluan koridor yang dikelilingi penduduk berkepadatan seramai kira-kira 2 juta orang yang akan bermula dari Sungai Buloh ke
Putrajaya dan akan termasuk Sri Damansara , Kepong , Batu , Jalan Sultan Azlan
Shah , Jalan Tun Razak , KLCC, Tun Razak Exchange, Kuchai Lama, Seri Kembangan
dan Cyberjaya.
Laluan yang dicadangkan adalah
sepanjang 52.2km yang 13.5km daripadanya berada bawah tanah . Sebanyak 36 stesen akan dibina dan 11 daripadanya adalah stesen bawah tanah.
Dijangkakan perkhidmatan penuh
akan mula beroperasi dalam suku kedua tahun 2022 , Laluan MRT-SSP Line ini dijangka mempunyai jumlah
penumpang lebih daripada 529,000 penumpang setiap hari. Ini dijangka akan
mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas yang kronik yang dialami oleh warga kota yang bekerja di Kuala Lumpur.
LANDASAN MRT-SSP LINE BERTINGKAT DAN LANDASAN MRT 'UNDERGROUND'
Bila siap nanti, MRT SUNGAI BULOH-SERDANG-PUTRAJAYA LINE akan mempunyai dua jenis landasan, landasan bertingkat dan landasan bawah tanah.
Landasan bertingkat ini akan dibina di atas 'guideways'
yang disokong oleh tiang konkrit dan ketinggian landasan bergantung kepada pelbagai faktor
seperti bentuk rupa bumi di mana ia dibina dan sama ada ia perlu melangakaui jalan raya sedia ada. Ini merupakan antara cabaran yang perlu ditempuh untuk memastikan projek ini mampu memberi kemudahan kepada rakyat amnya.
Landasan bawah tanah MRT SSP Line pula akan dibina dalam sistem terowong. Terowong akan dibina menggunakan terowong mesin ‘boring’ atau mesin gerudi yang mungkin teknologinya pernah digunakan dalam pembinaan terowong smart (smart tunnel). Selain itu kaedah korek dan timbus mungkin juga akan digunakan. Kedalaman terowong bergantung kepada faktor-faktor seperti sama ada ia mempunyai sebarang struktur bawah tanah dan struktur geologi yang perlu diambil kira

Oleh itu, please take note kepada para pembeli rumah sekalian, sebelum projek dimulakan, baik cepat-cepat kumpul deposit untuk membeli rumah. Tak pelrlu nak menghabiskan duit yang ada untuk tukar sportrim kereta la, upgrade kereta jadi JDM standard la. Buang masa. Bangsa melayu perlu berubah dari bangsa tunggu gaji ke bangsa mencari dan memberi gaji.
Hidup Tanpa Alasan
En Kas | Real Estate Negotiator
0 Komentar