PENGENALAN
Bajet 2014
merupakan mimpi ngeri kepada sesetengah pelabur hartanah. Perkara yang
dimomokkan lebih awal ternyata menjadi kenyataan. Ia bukan lagi mimpi dalam
mimpi.
Pihak yang
sangat terkesan dari Bajet 2014 ini adalah golongan flippers. Mereka
adalah golongan yang membeli hartanah untuk pulangan tunai dalam jangka
pendek. Sebaik hartanah siap dibina atau apabila menerima kunci rumah,
mereka akan menjualnya dengan segera. Mungkin secara positifnya, harga rumah
sedikit sebanyak dapat dikawal dan memelihara keseimbangan ekonomi negara.
Antara sebab
kerajaan untuk kenaikan adalah untuk mengurangkan aktiviti spekulator pada
harga pasaran hartanah. Kerajaan percaya bahawa meningkatkan kadar RPGT
membolehkan rakyat untuk membeli rumah baru pada harga berpatutan. Namun dalam
jangka panjang, kenaikan kadar RPGT akan melambatkan jualan pasaran sekunder
(sub-sale) dan juga mungkin mengurangkan pelaburan hartanah oleh pelabur
tempatan dan harta asing.
Apakah RPGT?
RPGT (Real
Property Gain Tax) atau nama dalam Bahasa Melayunya Cukai Keuntungan Harta
Tanah (CKHT) adalah cukai yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia ke atas
keuntungan daripada pelupusan harta tanah. Ia meliputi keuntungan dari
pelupusan rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong
dan lain-lain termasuklah pelupusan syer dalam Syarikat Harta Tanah.
Sebelum 1
April 2007, cukai RPGT dikenakan kepada semua pelupusan hartanah di Malaysia.
Namun Perdana Menteri pada masa itu iaitu Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi
telah mengecualikan cukai ini demi merancakkan industri hartanah pada ketika
itu.
Tempoh itu
merupakan syurga kepada para flippers tadi. Mereka bebas menjual beli
hartanah dan memperoleh pendapatan tunai yang bebas dari bayaran cukai, kecuali
duti setem ke atas dokumen transaksi jual beli sahaja.
EVOLUSI
KADAR CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH RPGT (INDIVIDU) DI MALAYSIA
Pada Mac 2007, kerajaan telah memansuhkan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan sebulan seterusnya, undang-undang percukaian ini berkuatkuasa.
Pada tahun 2009, semasa perbentangan Bajet 2010, hartanah yng dijual dalam masa 5 tahun dari tarikh perjanjian jual beli akan dikenakan Cukai Keuntungan Harta tanah sebanyak 5%.
Pada bulan November 2010, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengetatkan syarat pinjaman untuk rumah ketiga iaitu maksimum pinjaman hanya 70% daripada nilai pasaran hartanah. Cukai Keuntungan Harta Tanah untuk tahun berikutnya diperketatkan lagi dengan mengenakan cukai 10% untuk pelupusan hartanah dalam masa dua tahun pertama pemilikan. Untuk tahun ketiga hingga tahun kelima masih tetap 5%.

Pada Januari 2012, Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan syarat kelulusan pinjaman berdasarkan kepada gaji bersih.
Pada Jun 2013, khabar angin menyatakan Developer Interest Bearing Scheme akan dilarang kepada pemaju oleh Bank Negara Malaysia (BNM)
Pada Julai 2013, Bank Negara Malaysia mengurangkan tempoh pembayaran balik pinjaman daripada 40 tahun kepada 35 tahun.
Pada November 2013, Bank Negara Malaysia menyatakan garis panduan terbaru bahawa bank hanya memberikan pinjaman perumahan berdasarkan kepada harga jualan bersih yang tidak termasuk sebarang rebat dan diskaun.
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh baca Garis Panduan Cukai Keuntungan Harta Tanah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
PENGECUALIAN CKHT/RPGT
Berita baik ! Terdapat pengecualian
dibenarkan CKHT. Antara pengecualian adalah:
1) Pengecualian ke atas keuntungan
daripada pelupusan sebuah rumah kediaman sekali dalam seumur hidup untuk
individu (Sila guna ini sekali dalam peluang seumur hidup dengan bijak!)
2) Pengecualian ke atas keuntungan
daripada pelupusan hartanah antara ahli keluarga (contoh: suami dan isteri, ibu
bapa dan anak-anak dan datuk nenek dan cucu)
3) 10% daripada keuntungan ATAU
RM10,000 setiap transaksi (yang mana lebih tinggi) tidak dikenakan cukai
0 Komentar