PERBEZAAN TITLE STRATA VS INDIVIDUAL
Melalui
pengalaman sebagai REAL ESTATE NEGOTIATOR (REN), ramai owner rumah yang dilihat
kurang peka dengan kewujudan "title" rumah sendiri walaupun sudah
duduk berbelas tahun. Bila ditanya, rumah ni dah dapat title dah tuan/puan? ada
yang menjawab:
Entah la dik, akak tak pasti la pulak
Yang
paling sadis,
Title? Apa tu? Tajuk apa?
PENGENALAN TITLE
Ok, Apakah yang
dimaksudkan sebagai "title" rumah?
Title rumah di
sini bermaksud dokumen hakmilik rumah. Ia boleh dibahagikan kepada tiga nama,
iaitu Master Title, Strata Title dan Individual Title. Master Title selalunya adalah Title yang merujuk kepada hakmilik keatas pemaju perumahan. Oleh sebab itu, selepas siap pembinaan rumah, ia perlu di tukar hakmiliknya ke atas pembeli sama ada Strata Title dan Individual Title mengikut jenis property itu sendiri. Perbezaannya Strata Title adalah Hakmilik
Strata dan selalunya adalah untuk High rise building atau dalam bahasa malaysia bangunan yang bertingkat. Mana
diorang dapat nama strata ni?
Search di
google dan anda akan dapat ini:
Dalam Geology, strata bermaksud lapisan daripada batu-batuan |
Sudah pasti,
makhluk di dalam gambar tu bukan penulis sebab secara semulajadinya penulis adalah jauh lebih hensem. So, anda
faham berkenaan strata title?
Apakah pula
individual title di Malaysia? Individual title bermaksud Hakmilik individu
untuk rumah bertanah atau dalam bahasa professional real estate lebih mudah
dipanggil, Rumah Landed, Landed Property dan sebagainya.
KEPENTINGAN
MEMPUNYAI HAK PEMILIKAN RUMAH
Apa yang pentingnya dik? Perlu ke akak nak tanya developer?
Jawapann saya,
PENTING ! untuk memudahkan proses urusan pertukaran hakmilik. Secara
ringkasnya, boleh saya katakan di sini, adalah lebih baik anda sebagai
pemilik-pemilik rumah khusunya rumah yang dibeli melalui developer untuk
dapatkan hakmilik strata/individul kerana kebanyakan bank "cuak" dan
tidak berani memberikan pembiayaan mereka kepada rumah yang tidak mempunyai
"title" selepas 10 tahun dari tarikh siapnya. Jika tidak, akan ada
masalah semasa proses penjualan, pembahagian harta pusaka dan lain-lain.
Pada tahun
ini, kerajaan telah menambahbaik sistem tanah dengan pindaan terkini kepada AHS
iaitu melalui Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013 [Akta A1450] telah
memperkenalkan konsep baru pengeluaran hakmilik strata dan pemilikan kosong
atau vacant possession (VP) secara serentak. Melalui pengenalan konsep baru
ini, masa proses kerja pengeluaran hakmilik strata akan dapat dipendekkan dan
hakmilik strata dapat dikeluarkan dengan lebih cepat. Asas pindaan
undang-undang hakmilik strata di bawah Akta A1450 ini pada umumnya adalah
menekankan keperluan menjadikan pengurusan hakmilik strata yang setanding
dengan kehendak dan kepentingan pelanggan (customer-focused services) serta
bermatlamatkan penambahbaikan sistem penyampaian pentadbiran tanah dalam
pengurusan dan pengeluaran hakmilik strata.
Akta Hakmilik
Strata 1985 (AHS) telah mula berkuatkuasa melalui pada 1 Jun 1985 bagi semua
negeri di Semenanjung Malaysia. Objektif utama AHS adalah untuk membolehkan
tanah beri hakmilik (alienated land) mempunyai hakmilik-hakmilik berasingan
secara berlapis (multi-layer ownership) dengan cara:
1. pengeluaran
hakmilik strata melalui proses pecah bahagi bangunan atau tanah (land parcel):
dan
2. pewujudan
perbadanan pengurusan sebagai mekanisma pengurusan ‘self-governance’ bagi
mengawal selia pentadbiran skim strata yang berkenaan setelah hakmilik-hakmilik
strata didaftarkan.
0 Komentar