TIPS MEMILIKI HARTANAH TANPA MODAL BESAR, GUNA KWSP UNTUK PEMBIAYAAN RUMAH ANDA
Alkisah ada pasangan suami dan isteri call saya untuk buat appointment bagi dapatkan khidmat nasihat & rundingan PERCUMA, selidik punya selidik, akhirnya ini yang keluar dari mulut bakal pembeli.
Saya nak beli rumah tapi saya tiada deposit yang cukup"
Biasa dengar ayat ini kan? Ya, Itu lah keluhan kebanyakan pembeli rumah masa kini, lebih-lebih lagi golongan berpendapatan rendah & sederhana. Hari ini mari kita belajar trick untuk membeli rumah tanpa mengeluarkan sebahagian deposit.
Membeli rumah menggunakan Kumpulan Wang Simpanan (KWSP) atau EPF sudah tidak lagi pelik di kalangan masyarakat Malaysia. Namun, ada dikalangan rakyat Malaysia yang kurang peka dengan kemudahan yang disediakan. Jadi, penulisan saya kali ini adalah sebagai penambah ilmu bagi mereka yang tidak tahu. Kepada yang tahu, mungkin boleh share dalam laman sosial anda.
Prosedur 10% deposit
Pertama sekali anda haruslah ingat bahawa beli rumah subsale atau second hand anda mestilah perlu mengeluarkan deposit sebanyak 10% sebagai pendahuluan, manakala baki 90% adalah pinjaman Bank jika anda beli menggunakan pinjaman bank. Namun, bagi sesetengan pembeli yang tidak cukup untuk mengeluarkan 10% deposit, ianya menjadi salah satu option sebagai membayar deposit. Namun, pilihan ini tertakhluk kepada budi bicara si penjual. Ini kerana penjual rumah berhak mendapat deposit mereka tanpa perlu menunggu masa yang lama sehingga anda mengeluarkan EPF/KWSP. Jadi, penting di sini untuk mendapatkan penjual yang sanggup tunggu lama sedikit untuk proses pengeluaran duit daripada akaun EPF/KWSP
Point:
1- Tertakhluk kepada budi bicara si penjual
2- Mencari penjual yang sanggup tunggu pengeluaran duit dari akaun EPF/KWSP
Bilakah saya boleh mengeluarkan KWSP ?
Jika anda hendak membuat sesuatu pembelian rumah, 10% deposit akan dipecahkan kepada 2 bahagian.
Maka lengkaplah 10% deposit anda, manakala baki 90% adalah tanggungjawab bank.
- Bayar 3.18% sebagai booking rumah. (Pastikan Anda Sudah Ada)
- Bayar 6.82% sebagai baki ketika menandatangani perjanjian jual beli atau S&P. Apabila selesai menandatangani perjanjian jual beli, S&P, anda perlu membawa dokumen yang diperlukan ke kaunter KWSP untuk proses pengeluaran. Untuk lebih lanjut berkenaan proses pengeluaran KWSP, boleh klik pautan ini.
Mendahulukan 3.18% booking
Jika anda memilih untuk menggunakan KWSP, anda masih perlu dan wajib membayar booking rumah sebanyak 3.18%. Baki 6.82% anda boleh untuk menggunakan KWSP (atas budi bicara penjual). Selepas anda membayar booking 3.18%, anda menandatangani perjanjian jual beli. Kemudian dengan bantuan peguam anda akan diberikan surat pengesahan yang menyatakan rumah tersebut boleh dipindah milik tanpa sebarang halangan atau dikenali sebagai consent letter daripada pihak berkuasa. Proses untuk mendapatkan surat tersebut mengambil masa minggu atau berbulan bergantung pada status hartanah sehingga anda boleh untuk memohon KWSP. Jadi, itulah faktor utama mengapa pilihan KWSP ini perlu mendapat persetujuan pihak penjual. Ini kerana mereka perlu menunggu lama sedikit sehingga mereka dapat deposit mereka.
Maksima pengeluaran KWSP
Berapakah jumlah maksimum saya boleh keluarkan KWSP ?
Mudah sahaja, jumlah tersebut mengikut formula seperti di bawah :
(harga jual – jumlah pinjaman) + 10% harga jual = jumlah maksima pengeluaran KWSP
Contoh rumah yang dibeli berharga RM 300K.
(RM 300k – RM270k) + RM 30k = RM 60k adalah jumlah pengeluaran maksimum
Maksudnya, jika anda beli rumah berharga RM300k, anda tolak (-) kan dengan jumlah pinjaman bank anda iaitu 90% x RM300k ). Jika pinjaman anda 70% maka (70% x RM300k). Kemudian, jumlah tolakan(-) tersebut di tambah(+) kan dengan 10% daripada harga jual. Jadi, (10% x RM300k) iaitu RM 30k. Maka jumlah tolak(-) RM30k tambah(+) jumlah 10% RM 30k adalah = RM 60k.
Berbalik kepada topik, bolehkah keluar KWSP untuk beli rumah ?
Jawapannya Ya. Tetapi sekurang-kurangnya mesti ada wang untuk bayar booking dan mesti mendapat persetujuan pihak penjual.
Bilakah saya boleh keluar KWSP ?
Bergantung kepada sekatan yang dinyatakan di dalam SPA (Sale & Purchase Agreement). Jika tidak ada sekatan, boleh terus dikeluarkan sejurus selepas sign SPA. Jika ada sekatan perlu meunggu untuk mendapatkan consent letter.
Berapakah jumlah maksima saya boleh keluarkan ?
Seperti formula, (harga jual – jumlah pinjaman) + 10% harga jual = jumlah maksima pengeluaran KWSP.
Adakah prosedur membeli rumah dari developer sama dengan rumah "subsale"?
Secara asasnya sama
Sekian sahaja dari saya
En Kas | Real Estate Negotiator
018-2447104
Like KASA hartanah
7 Komentar
Halo,
BalasIni untuk memberi tahu masyarakat bahwa Nyonya Charity White, pemberi pinjaman swasta memiliki kesempatan finansial untuk semua orang yang membutuhkan bantuan keuangan, membayar tagihan, untuk berinvestasi dalam bisnis baru atau untuk meningkatkan bisnis Anda. Kami memberikan pinjaman dengan bunga sebesar 2% kepada perusahaan dan perorangan. Ini tidak memerlukan banyak dokumen, juga syarat dan ketentuan yang jelas dan peka. Hubungi kami via e-mail: (charitywhitefinancialfirm@gmail.com) Kami akan memberikan layanan terbaik kami.
Yeni bir iş kurmak, işinizi genişletmek veya bir araba ya da ev satın almak için acil bir krediye mi ihtiyacınız var? borcunu ödemek için krediye ihtiyacın var mı? Yapmanız gereken tek şey bize e-posta yoluyla ulaşmaktır: Ferdickwoodmanhelpfunds101@outlook.com
BalasAdakah anda sedang mencari pinjaman perniagaan? pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tidak bercagar, modal teroka, dll.. Atau adakah anda telah ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan atas sebarang sebab. Kami adalah pemberi pinjaman swasta, memberi pinjaman kepada perniagaan dan individu pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan iaitu kadar faedah 2%. jika Berminat? Hubungi kami hari ini di ( kaiserpeter536@gmail.com ) dan dapatkan pinjaman anda hari ini
Balassalam,
Pasukan pelaburan Kaiser Peter
Terima kasih atas perkongsian tips beli rumah pertama!
Balas